terma

Terma dan Syarat
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan eLesen serta hak dan kewajipan anda semasa
mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan eLesen ini.

Sekiranya anda mengakses eLesen, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda
terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda
sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan eLesen ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses
menerusi eLesen ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan
dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas
sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus,
turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan
keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada eLesen ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman ini.

Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain.
Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak
mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan
sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut.
Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung
atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau
dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas
kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber
tersebut.